Berita Terkini
← Back to list
BAM sedia segerakan Projek 24
Sep 25, 2019
BAM sedia segerakan Projek 24
Foto - New Straits Times
Persatuan Badminton Malaysia sedia melaksanakan Projek 24 dengan segera tanpa perlu menunggu kelulusan daripada Mesyuarat Ahli Majlis badan induk sukan itu.
Presiden BAM, Datuk Seri Norza Zakaria berkata, perkara itu sudah dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan BAM serta dimaklum kepada Setiausaha Agung, Datuk Kenny Goh.
Katanya, ia bertujuan melihat pretasi pemain dan kejurulatihan malah jika keadaan memaksa sehingga hujung tahun untuk mengugurkan pemain, BAM akan melakukannya demi Projek 2024.
----
Badminton Terbuka Korea: Liew Daren singkirkan Lin Dan
Foto - Harian Metro
Pemenang pingat gangsa Kejohanan Dunia 2018, Liew Daren mencipta kejutan dengan menyingkirkan Lin Dan pada pusingan pertama badminton Terbuka Korea.
Ini merupakan kali pertama Daren berjaya menewaskan pemain berpengalaman China itu dalam tiga pertemuan.
Turut meneruskan kemaraan ke pusingan kedua seorang lagi perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang menudukkan wakil Thailand, Suppanyu Avihingsanon.
----
Ragbi Piala Dunia: Uruguay kejutkan Fiji
Foto - BBC
Pasukan bukan pilihan, Uruguay kalahkan Fiji 30-27 pada perlawanan pertama mereka dalam Kumpulan D Piala Dunia Ragbi 2019 di Jepun, petang tadi.
Untuk rekod, pasukan dari Amerika Selatan hanya pernah memenangi dua perlawanan sepanjang sejarah kempen Piala Dunia mereka sebelum ini.
Fiji pula kini dilihat semakin sukar untuk ke suku akhir rentetan kekalahan kedua berturut-turut selepas tumpas 21-39 kepada Australia, hujung minggu lalu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm