Berita Terkini
← Back to list
Barisan terbaik skuad bawah 19 negara di Kejuaraan AFC B19
Oct 16, 2018
Barisan terbaik skuad bawah 19 negara di Kejuaraan AFC B19
Foto - Stadium Astro
Jurulatih skuad bawah 19 negara, Bojan Hodak bariskan pemain terbaik untuk Kejuaraan AFC B19 di Indonesia, bermula esok.
Akhyar Rashid dan Nik Akif Syahiran Nik Mat turut disenarai dan akan sertai pasukan sebaik tamat aksi Harimau Malaya menentang Kyrgyzstan, malam ini.
Turut dikekalkan, Hadi Fayyadh Abdul Razak, Zafuan Azeman, Shivan Pillay Asokan, Ramadhan Saifullah Usman dan Muhammad Azri Ghani.
Malaysia akan turun beraksi pada Sabtu ini dengan aksi pertama dijadualkan berdepan bekas juara dua kali, Arab Saudi.
-----
Belenggu Sekolah Sukan dibincang
Foto - Astro Radio News
Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan tentang hal yang membelenggu sekolah sukan di negara ini.
Menurut menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, perbincangan akan menyentuh soal untuk menambahbaik kualiti pendidikan di sekolah sukan.
Ini selepas terdapat laporan mendakwa, pelajar sekolah sukan akhiri zaman persekolahan sebagai nelayan, juruwang, operator kilang dan pemandu lori.
-----
Durian runtuh buat dua atlet Pulau Pinang
Foto - Stadium Astro
Perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei menerima ganjaran di bawah Skim Insentif Kemenangan Sukan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Ia berikutan kejayaannya rangkul pingat emas bagi acara badminton pada Sukan Olimpik Remaja di Argentina, Sabtu lalu.
Seorang lagi anak Pulau Pinang yang dipertimbangkan untuk menerima skim tersebut ialah Amirul Hamizan Azahar yang turut membantu skuad hoki meraih emas.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm