Berita Terkini
← Back to list
Bayern Munich ke final Liga Juara-Juara
Aug 20, 2020
Bayern Munich ke final Liga Juara-Juara
Foto - Bundesliga
Dua jaringan daripada Serge Gnabry serta satu daripada Robert Lewandowski bantu Bayern Munich kalahkan Lyon 3-0 untuk mara ke final Liga Juara-Juara.
Ini merupakan pentas akhir pertama buat juara Bundesliga itu sejak 2013 di mana mereka menewaskan Borussia Dortmund untuk muncul juara ketika itu.
Juara lima kali itu akan menentang satu lagi wakil Perancis, Paris Saint Germain pada perlawanan akhir yang akan berlangsung awal pagi Isnin ini.
-----
Ada RM13 juta boleh miliki KLFA
Foto - Kuala Lumpur Hawks
Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur letak nilai RM13 juta atau lebih jika ada mana-mana individu atau syarikat yang mahu mengambil alih pasukan bola sepak ibu kota itu.
Memetik laporan Sinar Harian, harga itu merangkumi RM10 juta perbelanjaan untuk pasukan utama dan juga RM3 juta untuk perbelanjaan skuad Bawah 21, Bawah 19, Bawah 17 tahun, skuad wanita, futsal dan bola sepak pantai.
KLFA mengesahkan, beberapa syarikat dan individu telah menyatakan minat untuk mengambil alih pasukan Kuala Lumpur dan segala perbincangan masih di peringkat awal.
-----
KAFA nafi mahu jual Nik Akif
Foto - Dunia Sukan
Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak berhasrat jual pemain tengahnya, Nik Akif Syahiran Nik Mat dengan nilai RM1 juta seperti yang dilaporkan.
Sebaliknya menurut KAFA, ia merupakan kenyataan peribadi Setiausaha Agung badan induk itu, Husin Deraman dan tidak pernah dibincangkan secara rasmi.
KAFA terdahulu dilapor sedia melepaskan Nik Akif dengan nilai RM1 juta bagi melangsaikan hutang lapuk persatuan itu yang dikatakan mencecah RM4.6 juta.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm