Berita Terkini
← Back to list
Boikot adalah langkah terakhir.
Dec 27, 2019
Majlis Paralimpik Malaysia mungkin akan memboikot Sukan Para ASEAN di Filipina Mac ini.
Foto : Stadium Astro
Presidennya, Datuk Seri Megat Shariman Zaharudin berkata ia merupakan langkah terakhir untuk Malaysia tunjukkan rasa tidak puas hati ekoran tindakan penganjur yang menunda temasya tersebut kepada bulan Mac.
Menurutnya, setakat ini MPM masih berusaha mendesak pihak penganjur melangsungkan temasya tersebut mengikut tarikh asal iaitu 18 hingga 24 Januari.
Foto : Stadium Astro
Sementara itu, Naib Presidennya jamin pungutan pingat kontinjen negara tidak berubah biarpun atlet elit para negara memilih untuk tidak sertai temasya tersebut.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm