Berita Terkini
← Back to list
Bonnie Perlu Kawal Gemuruh.
Aug 24, 2021
Jangan gemuruh.
Itu nasihat jurulatih powerlifting negara, Jamil Adam kepada atletnya, Bonnie Bunyau Gustin menjelang Sukan Paralimpik Tokyo hari ini.
Jelasnya kepada Harian Metro, ia bagi mengelakkan atlet kelahiran Sarawak itu berdepan tekanan tinggi memandangkan Bonnie berada pada landasan terbaik untuk meraih pingat buat kontinjen negara.
Bonnie memecahkan rekod dunia powerlifting apabila merekodkan angkatan 230 kilogram pada Piala Dunia Powerlifting di Dubai Jun lalu.
Sementara itu, R. Jeganathan optimis Ziyad Zolkefli mampu pertahankan emas acara lontar peluru pada Sukan Paralimpik Tokyo.
Jurulatih olahraga para negara itu beritahu Nadi Arena, biarpun tidak beraksi secara kompetitif untuk tempoh hampir 2 tahun, Ziyad dijangka dapat pamerkan aksi terbaik pada temasya tersebut.
Saksikan upacara pembukaan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 jam 6.50 petang ini di Astro Arena, saluran 801.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm