Berita Terkini
← Back to list
Brazil, Nigeria dan Switzerland raih kemenangan di Piala Dunia
Jun 23, 2018
Brazil hidupkan peluang ke pusingan kalah mati Piala Dunia selepas menundukkan Costa Rica 2-0 pada perlawanan kedua Kumpulan E.
Gol kemenangan Brazil bagaimanapun hanya hadir pada masa kecederaan babak kedua menerusi Philippe Coutinho dan Neymar.
Satu lagi aksi Kumpulan E saksikan gol Xherdan Shaqiri pada minit ke-90 bantu Switzerland benam Serbia 2-1.
Dalam pada itu, dua jaringan pemain Leicester, Ahmed Musa bantu Nigeria tumpaskan Iceland 2-0 dalam aksi tunggal Kumpulan D.
Keputusan itu kembali buka ruang buat Argentina ke pusingan kalah mati, dengan syarat menang ke atas Nigeria pada aksi terakhir kumpulan nanti
Foto - FIFA
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm