Berita Terkini
← Back to list
Bukan Skuad Terkuat Malaysia - Scott O'Donnell
Feb 23, 2022
Bukan skuad terkuat Malaysia.
Itu respon yang diberikan Pengarah Teknikal FAM, Scott O'Donnell selepas Malaysia tersingkir pada peringkat kumpulan Kejohanan AFF Bawah 23 Tahun baru-baru ini.
Jelasnya, beberapa kelab tidak melepaskan pemain mereka untuk kejohanan tersebut kerana berada di luar kalendar FIFA.
Namun katanya bagi mengharungi Piala Asia Bawah 23 Tahun Jun depan, nama-nama besar seperti Arif Aiman, Luqman Hakim Shamsuddin dan Mukhairi Ajmal masih boleh dipanggil untuk mewakili negara.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan gesa semua pihak bertanggungjawab ekoran kegagalan skuad muda negara melepasi peringkat kumpulan Kejohanan AFF Bawah 23 Tahun baru-baru ini.
Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata prestasi skuad kendalian Brad Maloney itu perlu diberi perhatian kerana merupakan pelapis kepada skuad utama Harimau Malaya.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm