Berita Terkini
← Back to list
Buletin Sukan (24.6.2017)
Jun 24, 2017
Cabaran Malaysia dalam Kejohanan Badminton Terbuka Australia berakhir.
Ini selepas 2 wakil negara, iaitu regu lelaki, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dan beregu campuran Chan Peng Soon-Cheah Yee See tumpas pada peringkat suku akhir.
---
4 pemain baru dipanggil, 2 lagi digugurkan untuk sertai 26 pemain skuad bawah 22 negara bagi Kelayakan Kejuaraan B-23 Konfederasi Bola Sepak Asia bulan depan.
Yang dipanggil adalah Matthew Davis, Nor Azam Abdul Aziz, Farhan Roslan dan Arif Fadzilah Abu Bakar, manakala yang digugurkan adalah K Kannan dan Sean Eugene.
---
Pemain tengah Man United, Michael Carrick berhasrat terus beraksi di padang sebagaimana bekas rakan sepasukannya, Ryan Giggs yang bersara pada usia 40 tahun.
---
Portugal sedia merehatkan Cristiano Ronaldo bagi pertemuan menentang New Zealand hari ini jika laluan mereka ke separuh akhir Piala Konfederasi dilihat mudah.
---
Dan, 2 pemandu Red Bull, Max Verstappen dan Daniel Ricciardo muncul pemandu paling pantas pada sesi latihan pertama menjelang F1 GP Azerbaijan, esok.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm