Berita Terkini
← Back to list
Calon luar negara sebagai pengurus besar Pegawai Perlawanan Profesional Malaysia tetap jadi pilihan Liga Bolasepak Malaysia.
Mar 17, 2019
Liga Bolasepak Malaysia tetap akan gunakan khidmat luar negara sebagai pengurus besar Pegawai Perlawanan Profesional Malaysia walaupun bakal berdepan kekangan kewangan.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam berkata, temu duga terakhir dengan Ahli Lembaga Pengarah MFL akan diadakan bulan depan sebelum calon itu boleh memulakan tugas pada 1 Jun depan.
Sementara itu, pihaknya beri jaminan geran tahunan akan tetap diberikan kepada pasukan terllibat cuma jumlahnya bergantung kepada penajaan baru, nanti.
Ia susulan penamatan kontrak bersama penaja utamanya sebelum ini.
MFL telah mengadakan rundingan dengan beberapa prospek penaja baharu dan keputusan akhir dijangka diketahui dalam tempoh dua minggu hingga
sebulan lagi.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm