Berita Terkini
← Back to list
Calon pemain tengah ABK2019 dipertikai
Nov 11, 2019
Calon pemain tengah ABK2019 dipertikai
Foto - Liga Bola Sepak Malaysia
Liga Bola Sepak Malaysia hari ini mengumumkan senarai tiga calon akhir Pemain Tengah Terbaik Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2019.
Mereka adalah pemain Perak, Brendan Gan serta dua pemain Pahang, Mohamadou Sumareh dan Nor Azam Azih.
Pemilihan tiga calon akhir itu bagaimanapun dipertikai netizen kerana ketiga-tiga pemain tersebut tidak memenangi sebarang piala, musim ini.
-----
Ridzuan Puzi rangkul gangsa di Dubai
Foto - The Star
Jaguh pecut para negara, Mohamad Ridzuan Puzi meraih pingat gangsa dalam acara 100 meter T36 pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di Dubai.
Untuk rekod, Dikwan memenangi pingat emas dalam acara yang sama pada edisi 2015 di Doha, Qatar dan perak pada edisi 2017 di London.
Ini merupakan pingat ketiga diraih Malaysia selepas dua perak yang dimenangi Jonathan Wong dan Ziyad Zolkefli masing-masing dalam acara lompat jauh dan lontar peluru.
-----
Malik Mat Ariff dipancing tiga pasukan
Foto - Stadium Astro
Bekas penyerang Terengganu FC, Abdul Malik bin Mat Ariff akui dia dipancing tiga pasukan untuk mengharungi Liga Malaysia, musim depan.
Menurut Malik, satu daripadanya merupakan pasukan Liga Perdana manakala dua lagi, pasukan dalam kelompok lima terbaik Liga Super, musim ini.
Namun katanya, dia tidak mahu terburu-buru membuat keputusan kerana sudah pasti setiap pemain mahukan yang terbaik untuk kariernya.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm