Berita Terkini
← Back to list
Chelsea Kembali Ke Kelompok 4 Teratas EPL
Feb 04, 2025
Chelsea Kembali Ke Kelompok 4 Teratas EPL
Chelsea kembali ke kelompok 4 teratas EPL selepas tundukkan West Ham 2-1.
The Blues bangkit daripada ketinggalan menerusi jaringan Pedro Neto dan gol sendiri oleh pemain West Ham, Aaron Wan Bissaka pada babak kedua perlawanan.
Chelsea kini duduki tangga ke-4 liga, 13 mata di belakang pendahulu, Liverpool.
Sementara itu, pemain tengah The Blues, Joao Felix semakin hampir untuk melengkapkan perpindahannya ke AC Milan secara pinjaman selama 6 bulan.
Pengarah Teknikal skuad terjun baru bakal diumumkan dalam masa terdekat
Persekutuan Renang Malaysia dijangka umum Pengarah Teknikal skuad terjun kebangsaan yang baru selewat-lewatnya pertengahan bulan ini.
Pihaknya dedahkan 3 calon tempatan yang mempunyai pengalaman luas dalam sukan terjun telah menyatakan minat untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan.
Ia bagi menggantikan Bryan Lomas yang letak jawatan sebagai Pengarah Teknikal skuad terjun pada hujung Disember lalu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm