Berita Terkini
← Back to list
Cheong Jun Hoong sah tidak ke Sukan Asia Indonesia
Aug 03, 2018
Cheong Jun Hoong sah tidak ke Sukan Asia Indonesia
Foto - Stadium ASTRO
Juara dunia terjun, Cheong Jun Hoong tidak akan sertai Sukan Asia Indonesia ekoran kecederaan kronik pada lutut kiri.
Persatuan Renang Amatur Malaysia berkata, penerjun berusia 28 tahun itu perlu berehat selama enam bulan.
Tempat Jun Hoong bagi acara 10m platform individu akan digantikan Nur Dhabitah Sabri.
-----
Velodrom Rakyat terima pengiktirafan UCI
Foto - SDA Veledromes
Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia sahkan, Velodrom Rakyat di Ipoh telah mendapat sijil pengiktirafan daripada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa.
Ia sekaligus membolehkan venue itu digunakan untuk temasya SUKMA Perak yang berlangsung bulan depan.
Velodrom Rakyat yang dibina pada tahun 1984 menjalani proses baik pulih RM11 juta menerusi peruntukkan Kementerian Belia dan Sukan.
-----
Infrastruktur SUKMA Johor 2020 siap 30 peratus
Foto - SkyscraperCity
Kemajuan pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur sukan di Johor sebagai tuan rumah SUKMA 2020 telah mencapai tahap 30 peratus
Ini termasuklah pembinaan stadium baru di Taman Mount Austin, menaik taraf stadium akuatik di Larkin dan Akademi Tenis Johor di Iskandar Puteri.
Kerajaan negeri jangkakan, kemajuan projek boleh mencapai 80 peratus menjelang akhir tahun ini.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm