Berita Terkini
← Back to list
City benam Arsenal!
Jun 18, 2020
Manchester City catat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Arsenal pada aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi tadi.
Foto : Facebook Manchester City
Raheem Sterling membuka jaringan pada waktu kecederaan babak pertama.
Pertahanan The Gunners, David Luiz diarah keluar padang selepas dilayangkan kad merah kerana mengasari Riyad Mahrez dalam kotak penalti.
Sepakan penalti tersebut disempurnakan oleh Kevin De Bruyne sebelum pemain gantian Phil Foden melengkapkan kemenangan City pada hujung babak kedua.
Dalam satu lagi aksi, Sheffield United terikat tanpa jaringan dengan Aston Villa.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm