Berita Terkini
← Back to list
Corak latihan pemain badminton muda negara perlu segera dilakukan.
Apr 07, 2019
Pengarah kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann sifatkan kualiti pemain muda negara masih berada pada tahap rendah.
Katanya, mereka mempunyai kelemahan dalam membuat keputusan ketika beraksi dan cepat hilang fokus apabila corak permainan berubah secara tiba-tiba.
Foto: Berita Harian
Justeru, pihaknya rancang untuk lakukan perubahan dalam latihan antaranya tiga sesi sehari berbanding dua ketika ini.
Sementara itu, Presiden BAM setuju agar perubahan itu dilakukan segera dalam corak latihan pemain negara.
Jelas Datuk Seri Norza Zakaria, ianya penting sebagai persiapan menghadapi persaingan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 bermula Mei ini.
Pada kejohanan Terbuka Malaysia, pemain kendalian BAM seperti Lee Zii Jia dalam acara perseorangan lelaki dan beregu wanita Vivian Hoo-Yap Cheng Wen, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean terkandas seawal pusingan pertama.
Foto: Berita Harian
Manakala beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta Teo Ee Yi-Ong Yew Sin dan perseorangan wanita, Goh Jin Wei pula sekadar mara hingga ke pusingan kedua.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm