Berita Terkini
← Back to list
Cristiano Ronaldo catat rekod baru jaringan.
Nov 22, 2017
Bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo catat rekod baru jaringan ketika bantu kelabnya benam Apoel Nicosia 6-0 pada aksi kumpulan H Liga Juara-Juara awal pagi tadi.
Ronaldo yang ledakkan dua jaringan, kini sudah miliki 18 gol pada kejohanan itu dalam tempoh masa setahun pada 2017, sekaligus leburkan rekod lamanya iaitu 16 gol.
Kemenangan itu layakkan Real yang duduki tangga kedua kumpulan dengan 10 mata ke pusingan 16 terbaik dengan baki 1 lagi perlawanan.
Pendahulu kumpulan H, Tottenham pula kalahkan Borussia Dortmund 2-1.
Spurs telah layak lebih awal.
Dalam kumpulan E, Liverpool terlepas peluang untuk layak lebih awal apabila terikat 3 sama dengan Sevilla biarpun mendahului 3-0 pada satu ketika.
Satu lagi perlawanan menyaksikan Spartak Moscow seri 1 sama dengan Maribor
Sementara itu, Manchester City yang telah mengesahkan tempat ke pusingan seterusnya, kekalkan rekod kemenangan selepas jinakkan Feyenoord 1-0 dalam aksi kumpulan F.
Dengan baki 1 lagi perlawanan, kedudukan City di tangga teratas kumpulan sudah tidak dapat dipintas.
Shakhtar Donetsk kekal di kedudukan kedua biarpun tewas 0-3 kepada Napoli.
Bagi kumpulan G, Besiktas mara ke pusingan seterusnya susulan keputusan seri 1 sama dengan Porto.
RB Leipzig pula tumpaskan Monaco 4-1.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm