Berita Terkini
← Back to list
Datuk Lee Chong Wei berjaya satukan rakyat Malaysia melalui sukan.
Jun 14, 2019
Timbalan Perdana Menteri sifatkan kejayaan terbesar Datuk Lee Chong Wei adalah berjaya menyatukan rakyat Malaysia melalui sukan.
Datuk Seri Dr Wan Azizah turut merakamkan penghargaan kepada lagenda badminton negara itu kerana mengharumkan nama negara di pentas dunia.
Sementara itu, pengarah kejurulatihan BAM, Wong Choong Hann sifatkan persaraan Chong Wei sebagai satu kehilangan besar.
Namun, dia menghargai usaha jaguh negara tersebut yang berhasrat untuk bantu barisan pemain muda cipta kejayaan dalam sukan itu.
Ketua jurulatih perseorangan wanita negara, Datuk Tey Seu Bock pula akui bangga dengan kejayaan Chong Wei sepanjang berkhidmat untuk negara.
Beliau berharap Chong Wei dapat menikmati masa bersama keluarga selepas 19 tahun bekerja keras demi mengharumkan nama negara.
Seu Bock merupakan antara individu yang disebut Chong Wei sebagai pengaruh besar dalam hidupnya.
Musuh tradisi Chong Wei, Lin Dan yang akui sedih dengan pengumuman itu pula berkongsi sebuah lagu berjudul, ‘My friend, don't cry’ di media sosialnya.
Pemain nombor 6 dunia dari Denmark, Victor Axelsen pula mengucapkan selamat maju jaya kepada Chong Wei.
Chong Wei umum bersara semalam selepas 19 tahun mengabdikan diri dalam sukan itu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm