Berita Terkini
← Back to list
Datuk Nicol David sumbang emas kedua Malaysia di Sukan Asia.
Aug 27, 2018
Datuk Nicol David gembira selepas sumbangkan emas kedua Malaysia pada Sukan Asia Indonesia!
Selain jatuh pada hari jadinya yang ke 35 semalam, Nicol juga akui ia juga kemenangan yang amat bemakna kerana ini adalah Sukan Asia terakhirnya.
Foto: Kosmo
Ratu skuasy negara itu diberi tentangan sengit oleh jaguh muda negara, S. Sivasangari sebelum menang 3-2 dalam aksi final individu wanita.
Ini merupakan emas kelima Nicol dalam acara individu pada temasya benua itu.
Secara keseluruhan Malaysia kini di kedudukan ke 18 dengan 2 emas, 5 perak dan 5 gangsa.
Hari ini atlet negara akan teruskan misi untuk buru pingat antaranya dalam acara silat, lompat tinggi lelaki dan berbasikal trek.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm