Berita Terkini
← Back to list
Doping: Lima atlet angkat berat negara digantung empat tahun
Nov 22, 2018
Doping: Lima atlet angkat berat negara digantung empat tahun
Foto - Stadium Astro
Pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2014, Hafifi Mansor digantung 4 tahun oleh Persatuan Angkat Berat Malaysia kerana gagal ujian doping.
Turut menerima nasib sama ialah pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel 2018, Fazrul Azrie Mohdad.
Penggantungan 4 tahun turut dikenakan ke atas tiga atlet muda iaitu Hakimi Haikal Nordin, Zaidi Mohd Nordin dan Ronny Jesus.
Menurut PABM, kesemua mereka didapati gagal dalam ujian doping bagi tahun ini dan tahun lalu.
-----
Piala AFF: Perkhidmatan LRT laluan Sri Petaling dilanjutkan
Foto - klia2.info
Berita baik buat peminat bola sepak tanah air sempena perlawanan terakhir Kumpulan A Piala AFF, Malaysia lawan Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.
Rapid KL maklumkan, perkhidmatan LRT Laluan Sri Petaling akan dilanjutkan, dengan Stesen Bukit Jalil dibuka sehingga 1 pagi.
Stesen-stesen lain ditutup namun para penumpang boleh keluar dari stesen-stesen berkenaan dan bertukar laluan di stesen-stesen integrasi.
-----
Hafizh Syahrin fokus sesuaikan diri bersama jentera KTM
Foto - Red Bull KTM Tech3 Racing
Penunggang MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah enggan beri tumpuan kepada catatan masa yang dilakukan sepanjang dua hari ujian di Valencia.
Sebaliknya Hafizh berkata, dia lebih fokus untuk mendapatkan keselesaan dan memahami jentera barunya, KTM.
Dia berharap cuaca baik pada ujian pra musim seterusnya di Jerez, minggu depan sekaligus dapat memperbaiki tunggangan pada setiap sesi.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm