Berita Terkini
← Back to list
Elizabeth Tan duta promosi skuad badminton negara
Mar 22, 2019
Foto - RojakDaily
Persatuan Badminton Malaysia melantik Elizabeth Tan selaku duta untuk mempromosi skuad badminton negara yang menampilkan muka baru dan muda.
Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, pemilihan Lizzy mengambil kira populariti penyanyi itu di media sosial dan peminat dalam kalangan remaja.
Foto - Stadium Astro
Tambahnya, kerjasama dengan Elizabeth juga bertepatan dengan matlamat BAM yang mahu memperkenalkan barisan muka baru yang akan mewakili Malaysia.
Dengan penghijrahan keluar pemain-pemain senior, hari ini BAM mempunyai pemain yang rata-ratanya lingkungan usia 23 tahun.
Foto - Stadium Astro
Pihaknya berharap, kehadiran Lizzy akan memberi lebih impak terutama untuk menarik minat generasi muda kerana artis itu mempunyai pengikut yang ramai, hampir 2 juta di media sosial.
BAM dalam pada itu juga mengalu-alukan personaliti lain di luar yang mampu beri khidmat dalam usaha merealisasikan usaha untuk meraih pingat emas pertama di Sukan Olimpik.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm