Berita Terkini
← Back to list
Empat lagi penerjun negara disenarai untuk sertai Kejohanan Terjun Siri Dunia 2019
Jan 24, 2019
Foto - Stadium Astro
Persekutuan Renang Antarabangsa setuju menyenaraikan empat lagi penerjun negara untuk sertai Kejohanan Terjun Siri Dunia 2019.
Ia membabitkan dua penerjun lelaki, Hanis Nazirul Jaya Surya dan Jellson Jabillin serta gandingan emas Sukan SEA KL 2017, Wendy Ng dan Nur Dhabitah Sabri.
Foto - Stadium Astro
Kesatuan Renang Amatur Malaysia berkata, penambahan bilangan penerjun itu adalah satu perkembangan positif buat skuad terjun negara biarpun diserang masalah tahun lalu.
Setiausaha Kehormatnya, Mae Chan berkata, ia satu perkhabaran gembira dan petanda positif dalam usaha menempatkan diri ke temasya Olimpik Tokyo 2020.
Foto - fina.org
Kejohanan Terjun Siri Dunia akan membuka tirai di Jepun pada 1 hingga 3 Mac diikuti Beijing, China dari 7 hingga 9 Mac.
Siri itu kemudiannya akan ke Montreal, Kanada pada 26 hingga 28 April dan berakhir di London dari 17-19 Mei depan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm