Berita Terkini
← Back to list
Euro 2020 : Belgium Menang Bergaya 3-0 Ke Atas Russia.
Jun 13, 2021
Belgium menang bergaya 3-0 ke atas Russia pada aksi kumpulan B kejohanan Euro 2020.
Dua gol Belgium dijaringkan oleh penyerangnya, Romelu Lukaku.
Lukaku mendedikasikan gol itu buat rakan sepasukannya di Inter Milan, Christian Eriksen.
Ini selepas Eriksen tiba-tiba rebah ketika perlawanan antara Denmark dan Finland berlangsung.
Menurut UEFA, Eriksen dilapor sudah kembali sedar dan berada dalam keadaan stabil.
Perlawanan itu kemudiannya disambung semula yang menyaksikan Finland menang 1-0 ke atas Denmark hasil jaringan tuunggal Joel Pohjanpalo.
Sementara itu, Wales seri 1-1 dengan Switzerland dalam perlawanan Kumpulan A.
Keputusan itu meletakkan Itali di tangga teratas kumpulan susulan kemenangan 3-0 ke atas Turki, semalam.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm