Berita Terkini
← Back to list
FAM Tolak Rayuan Selangor
FAM Tolak Rayuan Selangor
Rayuan Selangor terhadap FAM mengenai hukuman yang dikenakan sebelum ini ditolak.
Ia berhubung kes babitkan kelakukan penyokong Selangor dan kegagalan untuk patuhi obligasi penganjuran pada suku akhir kedua Piala FA berdepan Negeri Sembilan, hujung bulan lalu.
Susulan itu, FAM kekalkan hukuman bermain tanpa penonton untuk 2 perlawanan Piala FA di gelanggang sendiri dan denda sebanyak RM100,000 terhadap Selangor.
Dalam pada itu, FAM kecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk keganasan atau ancaman terhadap mana-mana individu termasuk wartawan dalam industri sukan negara.
Pihaknya ambil serius laporan mengenai insiden babitkan seorang wartawan sukan yang didakwa diserang oleh 2 lelaki di Bangsar, semalam.
Polis sahkan suspek kes serangan itu direman 3 hari bagi bantu siasatan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm