Berita Terkini
← Back to list
FAM hantar kertas cadangan kepada AFC
Apr 01, 2019
Foto - Stadium Astro
Persatuan Bolasepak Malaysia akan menghantar kertas cadangan kepada Konfederasi Bolasepak Asia untuk menambah baik format saingan AFC bawah 23 tahun.
Ini termasuklah waktu perlawanan negara Asia Barat yang lewat beberapa jam dari zon Timur, yang dilihat memberikan kelebihan buat mereka.
Foto - Stadium Astro
Format yang digunapakai ketika ini menyaksikan Malaysia terlepas peluang ke Kejohanan AFC B23 di Thailand, tahun depan biarpun duduki tangga kedua kumpulan.
Pada kempen kelayakan, baru-baru ini, Malaysia mengutip 7 mata sama dengan China dalam Kumpulan J namun tersingkir menerusi perbezaan jaringan gol.
Foto - Stadium Astro
Dalam perkembangan lain, FAM berkata, kekosongan yang ditinggalkan Subkhiddin Salleh sebagai exco badan induk itu bakal diketahui pada kongres, 13 Julai depan.
Subkhiddin lepaskan jawatan exco dan dan pengerusi Jawatankuasa Pengadil ekoran isu pemilihan pengadil final Piala Malaysia 2018.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm