Berita Terkini
← Back to list
FAM nafi dakwaan tidak berusaha dapatkan pengadil luar negara untuk aksi final Piala FA.
Jul 04, 2019
FAM nafi dakwaan kononnya tidak berusaha untuk dapatkan khidmat pengadil professional luar negara untuk aksi final Piala FA, 27 Julai ini.
Foto : Stadium Astro
Menurut Setiausaha Agungnya, Stuart Ramalingam, surat permohonan berhubung perkara itu telah dihantar kepada 3 negara - Jepun, Australia dan Thailand , namun masih belum ada maklum balas.
FAM berkata ia mungkin ekoran saingan liga masih berjalan di kesemua negara tersebut.
Sementara itu, Persatuan Bolasepak Kedah dan Persatuan Bolasepak Perak akan bekerjasama dengan SPRM dalam usaha melancarkan penjualan tiket final di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Langkah tersebut diambil bagi mengelakkan berlakunya kekecohan penyokong seperti edisi terdahulu kerana sukar mendapatkan tiket.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm