Berita Terkini
← Back to list
FAM sambut baik cadangan penganjuran Liga Negara-Negara Asia
Sep 07, 2018
FAM sambut baik cadangan penganjuran Liga Negara-Negara Asia
Foto - Stadium ASTRO
Persatuan Bola Sepak Malaysia sambut baik hasrat Konfederasi Bola Sepak Asia mengenai kesediaan mereka untuk anjurkan Liga Negara-Negara Asia.
Timbalan Presidennya, Datuk Yusoff Mahadi sifatkan cadangan itu sebagai langkah yang sesuai untuk meningkatkan lagi nilai kompetitif
Ini sekali gus katanya dapat mengelakkan pasukan daripada melarikan diri apabila enggan beraksi selepas perlawanan persahabatan diatur.
Namun jelas Yusof, cadangan terbabit harus diperhalusi oleh badan induk itu terlebih dahulu dengan semua pasukan di Asia.
-----
Perak pertaruh 8 pemain PKNP FC untuk pertahan emas SUKMA
Foto - Sukma2018
Perak pertaruhkan 8 pemain PKNP FC untuk pertahankan emas acara bola sepak SUKMA dalam usaha muncul juara treble.
Selain lapan pemain itu, Perak turut diperkuatkan Derek Leong yang beraksi dengan sebuah kelab dalam Liga Universiti Hong Kong.
Tuan rumah SUKMA ke-19 itu diundi dalam Kumpulan A bersama Sarawak, Negeri Sembilan dan Perlis.
-----
Dua pelumba negara sertai Yamaha VR46 Master Camp
Foto - Roadracing World
Dua pelumba muda negara terpilih untuk mengikuti program latihan Yamaha VR46 Master Camp di Itali dari 11 hingga 16 September ini.
Aiman Tahiruddin serta Nazirul Izzat Bahauddin turut disertai pelumba dari Indonesia dan Jepun di akademi milik Valentino Rossi itu.
Kesemua pelumba terbabit aktif mengambil bahagian dalam Asia Road Racing Championship dan siri perlumbaan tempatan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm