Berita Terkini
← Back to list
FAM sedia perkenal mekanisme baru tangani isu tunggakan gaji pemain
Dec 26, 2018
Foto - Stadium Astro
Persatuan Bolasepak Malaysia sedia perkenalkan mekanisme baru khususnya untuk menangani isu tunggakan gaji pemain Liga Malaysia yang kian membimbangkan.
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, pihaknya memang memandang serius isu itu yang diakui cukup bahaya jika tiada jalan penyelesaian terbaik dapat dilakukan.
Foto - fam.org
Katanya kepada BHOnline, FAM akan mengadakan satu mesyuarat khas bersama pemegang taruh Liga M untuk mendapatkan pandangan dan jalan terbaik bagi menangani masalah itu.
Tambahnya, badan induk itu amat komited untuk memastikan imej liga bola sepak tempatan sentiasa bersih dan tidak terjejas dengan isu tunggakan gaji.
Foto - Stadium Astro
Semalam, akhbar itu melaporkan bekas pengendali Kuantan FA, Ismail Zakaria bimbang dengan sikap lepas tangan Kuantan FA berhubung tunggakan gaji pemain dan pegawai.
Ini kerana pasukan itu tidak akan menghiraukan keputusan Jawatankuasa Tatatertib FAM yang mengarahkan supaya segera menjelaskan tunggakan gaji membabitkan 44 tuntutan dengan jumlah keseluruhan RM1.72 juta.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm