Berita Terkini
← Back to list
FAM tunggu lampu hijau ambil alih NFDP
Sep 25, 2018
FAM tunggu lampu hijau ambil alih NFDP
Foto - Stadium Astro
FAM masih menunggu lampu hijau untuk ambil alih Program Pembangunan Bolasepak Negara dan yakin satu keputusan positif mampu dicapai.
Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, pihaknya ada perancangan dan resepi tersendiri bagi memperkasakan lagi NFDP jika diberi amanah itu.
Namun beliau enggan ulas lanjut memandangkan skuad bawah 16 tahun negara masih lagi beraksi di kejohanan AFC B-16, ketika ini.
-----
PJBM rayu FAM bantu jurulatih dapatkan lesen Pro A AFC
Foto - Stadium Astro
Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia rayu FAM bantu jurulatih tempatan yang berhasrat memiliki lesen kejurulatihan Pro A Konfederasi Bolasepak Asia.
Presidennya, B Sathianathan berharap FAM dapat sediakan pinjaman modal untuk dapatkan lesen yang dianggarkan berjumlah 60 ribu ringgit.
Katanya, hanya berbaki 2 tahun lagi sebelum syarat wajib kesemua jurulatih harus memiliki lesen Pro A dilaksanakan oleh Liga Bolasepak Malaysia.
-----
Operasi rumah kelab Persatuan Menembak Selangor di Subang digantung
Foto - Berita Harian
Operasi rumah kelab Persatuan Menembak Selangor di Subang digantung buat sementara waktu kerana gagal patuhi prosedur keselamatan yang telah ditetapkan.
Ketua Polis Selangor berkata, pihak Bukit Aman mengeluarkan perintah penggantungan itu bagi membolehkan prosedur tersebut dirangka semula dan diperketat.
Terdahulu sebuah akhbar melaporkan, kira-kira 20 penembak negara hilang tempat latihan ekoran penutupan operasi rumah kelab itu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm