Berita Terkini
← Back to list
FAS serah kepada Luqman
Jun 30, 2020
FAS serah kepada Luqman
Foto - Fox Sports
Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) secara prinsipnya telah bersetuju untuk melepaskan penyerang Selangor 2, Luqman Hakim Shamsudin ke kelab Belgium, KV Kortuijk.
Namum sehingga kini katanya, belum ada apa-apa dokumen ditandatangani Luqman kerana ia berkait rapat dengan perbincangan antara kelab dan pemain berusia 18 tahun itu.
Menurut FAS, pihaknya kini hanya menunggu keputusan akhir penjaring terbanyak Kejuaraan AFC Bawah 16 2018 itu untuk memutuskan masa hadapannya.
-----
Apa nasib Terbuka Malaysia?
Foto - Badminton Association of Malaysia
Keputusan sama ada kejohanan badminton Terbuka Malaysia diteruskan atau tidak, dijangka akan diputuskan pada mesyuarat ahli majlis Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam tempoh terdekat.
Ini kerana badan induk itu perlu mengambil kira beberapa faktor seperti kos tambahan selain jangkaan kemerosotan kehadiran penyokong kerana perlu mematuhi SOP Kementerian Kesihatan.
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) terdahulu menyenaraikan kejohanan Terbuka Malaysia yang sepatutnya berlangsung pada April lalu ke November depan.
-----
KOM sedia langsaikan hutang lapuk
Foto - MyNewsHub
Kesatuan Olahraga Malaysia sedia jelaskan bayaran insentif rekod baru kepada beberapa atlet kebangsaan yang masih belum diselesaikan oleh kepimpinan terdahulu.
Pihaknya kini sedang mengumpul segala dokumen berhubung catatan rekod baru kebangsaan yang dilakar atlet sebelum bayaran dapat dijelaskan dalam tempoh terdekat.
Difahamkan, KOM memberi bayaran insentif RM1,000 bagi rekod baru kebangsaan yang berjaya dicipta atlet negara dalam mana-mana kejohanan tempatan mahupun antarabangsa.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm