Berita Terkini
← Back to list
FMLLP luluskan kuota baru pemain import bagi saingan Liga Super 2018.
Nov 21, 2017
Lembaga Pengarah Football Malaysia Limited Liability Partnership luluskan kuota baru pemain import bagi saingan Liga Super 2018.
Menurut kenyataan FMLLP, setiap pasukan boleh bawa masuk lima pemain asing iaitu 3 daripada seluruh dunia, seorang dari Asia dan seorang lagi dari negara ASEAN.
Bagi saingan Liga Perdana, kuota pemain import kekal 4 orang iaitu tiga dari seluruh dunia dan seorang pemain Asia.
Peraturan baru ini akan berkuatkuasa bermula 2018 hingga 2022 dan akan dikaji semula selepas tempoh tersebut.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm