Berita Terkini
← Back to list
Faris Ramli sah sertai skuad Singa Utara
Jan 11, 2019
Foto - Stadium Astro
Persatuan Bola Sepak Perlis berjaya dapatkan khidmat pemain antarabangsa Singapura, Muhammad Faris Ramli yang bermain untuk PKNS FC, musim lalu.
Perkembangan terbaharu tersebut dimaklumkan PFA menerusi status terbaharu dalam laman Facebook rasmi, Perlis Northern Lions.
Foto - Stadium Astro
PFA menjelaskan pemain berusia 26 tahun yang membuat telah membuat 47 penampilan bersama Singapura bakal mengisi kuota pemain Asia.
Kemasukan Faris itu menyaksikan dia kembali berpadu tenaga dengan Safee Sali yang turut memperkuatkan skuad Singa Utara, musim ini.
Foto - Stadium Astro
Faris memulakan kerjaya bolasepaknya bersama Young Lions dari 2010 sehingga 2012 sebelum menyertai kelab Lions XII dari 2013 sehingga 2015.
Selepas Lions XII dibubarkan, dia kembali ke Singapura dan menyertai kelab Home United dari 2016 dan 2017 sebelum dipancing PKNS FC, musim lepas.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm