Berita Terkini
← Back to list
Final Piala AFF: Skuad Harimau Malaya terima suntikan semangat
Dec 13, 2018
Final Piala AFF: Skuad Harimau Malaya terima suntikan semangat
Foto - Stadium Astro
Skuad Harimau Malaya dapat suntikan semangat menjelang perlawanan akhir kedua Piala AFF menentang Vietnam di Hanoi, Sabtu ini.
Jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengesahkan, dua tonggak pertahanan, Aidil Zafuan Abd Radzak dan Syazwan Andik Ishak kembali pulih daripada kecederaan masing-masing.
Malah katanya, Syahmi Safari yang dilayangkan kad merah pada pertemuan separuh akhir dengan Thailand tempoh hari juga akan kembali memperkuatkan pasukan.
Justeru, Cheng Hoe berharap dengan kembalinya tiga pemain pertahanan ini, ia sedikit sebanyak dapat membantu pasukan mengekang serangan pantas Vietnam.
-----
Final Piala AFF: Kehadiran Syahmi ceriakan Sumareh
Foto - Stadium Astro
Pemain sayap Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh gembira dengan kehadiran semula Syahmi Safari untuk final kedua Piala AFF bertemu Vietnam, Sabtu ini.
Sumareh berkata, dia sangat serasi bergandingan bersama Syahmi yang sudah dibuktikan dalam beberapa perlawanan sebelum ini.
Katanya, walaupun Syahmi bermain di bahagian pertahanan, pemain Selangor itu banyak membantunya melancarkan serangan dari sebelah kanan.
Syahmi terlepas final pertama di Bukit Jalil, Selasa lalu kerana penggantungan selepas menerima kad kuning kedua ketika bertemu Thailand di peringkat separuh akhir.
-----
Piala AFF: Penyokong Harimau Malaya diminta patuhi peraturan tuan rumah
Foto - UM'07
Kedutaan Malaysia di Hanoi nasihatkan penyokong Harimau Malaya yang ke sana untuk aksi final kedua Piala AFF, Sabtu ini supaya patuhi syarat dan peraturan tuan rumah.
Penyokong juga diingatkan untuk membawa pakaian yang sesuai memandangkan suhu di Hanoi kian menurun.
Pihaknya turut menasitkan individu yang mempunyai masalah pernafasan dan pesakit asma supaya menonton perlawanan itu dari bilik hotel masing-masing sahaja.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm