Berita Terkini
← Back to list
Goh Jin Wei mara ke final acara badminton Sukan Olimpik Remaja di Argentina.
Oct 12, 2018
Goh Jin Wei mara ke final acara badminton perseorangan wanita, Sukan Olimpik Remaja di Argentina.
Pada aksi separuh akhir, dia tewaskan pilihan pertama dari Thailand, Phittayaporn Chaiwan dalam 3 set.
Jin Wei akan menentang pilihan kedua dari China, Wang Ziyi pada aksi final awal pagi esok.
Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia terima aduan 4 kes setakat ini melibatkan tunggakan gaji jurulatih.
Presidennya, B Sathianathan berkata ia sudah pun dirujuk kepada FAM untuk tindakan lanjut.
Tegasnya, walaupun jumlah yang terbabit kecil namun ia tidak boleh dipandang remeh kerana boleh jejaskan masa depan jurulatih.
Jaguh olahraga para negara, Mohd Ridzuan Puzi lakar hatrik pada sukan Para Asia Indonesia.
Ini selepas dia raih pingat emas dalam acara lompat jauh T36 semalam selain turut catat rekod baru Asia.
Ridzuan sebelum ini sudah sumbangkan emas dalam acara pecut 100 dan 400 meter T36.
Dia juga turut pecahkan rekod dunia para dalam acara 100 meter.
Selain Ridzuan, acara berbasial kejar-mengejar individu wanita, renang gaya bebas 50 meter lelaki dan tenpin boling trio campuran masing-masing hadiahkan 1 emas buat Malaysia.
Malaysia kekal duduki tangga ke lapan keseluruhan dengan 13 pingat emas, hanya kurang 2 emas untuk capai sasaran yang ditetapkan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm