Berita Terkini
← Back to list
Hafizh Syahrin pelumba Yamaha terpantas di Brno
Aug 04, 2018
Hafizh Syahrin pelumba Yamaha terpantas di Brno
Foto - Monster Yamaha Tech3
Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah berjaya melayakkan diri ke pusingan kelayakan 2 (Q2) buat pertama kali musim ini.
Penunggang Monster Yamaha Tech3 itu menamatkan sesi latihan bebas kedua GP Republik Czech di tempat ke-4 manakala rakan sepasukannya, Johann Zarco di tangga ke-9.
Hafizh hanya ketinggalan 0.224 saat di belakang pelumba Honda, Dani Pedrosa yang mencatat masa terpantas.
-----
Liew Daren lakar sejarah peribadi di Nanjing
Foto - Stadium ASTRO
Perseorangan lelaki negara, Liew Daren lakar sejarah peribadi apabila melangkah ke separuh akhir badminton Kejohanan Dunia di China.
Ia adalah pencapaian tertinggi diraih pemain ranking ke-39 dunia itu sepanjang 14 tahun bergelar pemain badminton.
Liew Daren akan bertemu seorang lagi wakil Jepun yang juga juara Asia 2018, Kento Momota.
-----
Malaysia elak jumpa UAE di peringkat kumpulan bola sepak Sukan Asia
Malaysia tidak akan berdepan UAE dalam saingan kumpulan bola sepak Sukan Asia yang bermula Jumaat depan.
Ini selepas undian semula kali kedua semalam menyaksikan UAE dipindahkan ke dalam kumpulan C selepas Iraq menarik diri.
Ini bermakna, jumlah pasukan dalam Kumpulan E kembali kepada empat merangkumi Korea Selatan, Kyrgyzstan, Malaysia dan Bahrain.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm