Berita Terkini
← Back to list
Harga tiket hak persatuan dan kelab
Jan 28, 2020
Harga tiket hak persatuan dan kelab
Foto - Vocket
Persatuan dan kelab bola sepak ada hak tentukan harga tiket di laman sendiri mengikut budi bicara masing-masing.
CEO MFL, Datuk Ab Ghani Hassan beritahu Harian Metro, pihaknya hanya menentukan harga tiket babitkan final Piala Malaysia dan Piala FA sahaja.
Pihaknya mengulas tindakan FA Selangor yang mengenakan harga tiket berbeza mengikut status pasukan lawan.
-----
Negeri Sembilan fokus perbaiki kelemahan
Foto - Sinar Harian
Negeri Sembilan fokus perbaiki ketumpulan jentera serangan dan kerapuhan benteng pertahanan sebelum Liga Premier membuka tirai, 29 Februari ini.
Ia diakui jurulatihnya, Sazali Saidon selepas skuad Rusa tewas 0-5 kepada Melaka United dalam aksi persahabatan di Paroi, minggu lalu.
Katanya, walaupun kecewa anak-anak buahnya tetap pamerkan kesungguhan apabila berdepan dengan pihak lawan pada pertemuan itu.
-----
Tiga pasukan Pro Benua Itali warnai LTdL 2020
Foto - Bardiani CSF
Tiga pasukan Pro Benua dari Itali dijangka beri tentangan sengit pada edisi ke-25 jelajah berbasikal Le Tour de Langkawi dari 6 hingga 15 Februari ini.
Ini kerana ketiga-tiga pasukan itu mendapat slot wildcard untuk bersaing dalam perlumbaan Grand Tour, Giro d’Italia pada Mei depan.
Pasukan terbabit adalah Androni Giocatolli-Sidermec, Bardiani CSF Faizane dan Vini Zabu KTM yang sebelum ini dikenali sebagai Neri Sottoli-Selle Italia.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm