Berita Terkini
← Back to list
Hari Sukan Negara Bakal Berubah
Feb 28, 2019
Menteri Belia dan Sukan berkata akan berlaku perubahan besar dalam Sambutan Hari Sukan Negara tahun ini.
Jelas Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, acara tahunan itu mungkin tidak lagi disambut hanya satu hari sahaja seperti kebiasaan.
Bagaimanapun, Syed Saddiq tidak ulas lebih lanjut perubahan yang bakal dibuat itu.
Tak Boleh FA Perlis...
Pasukan bolasepak Perlis sah tersingkir daripada saingan Liga Malaysia musim ini.
Ini selepas MFL tolak rayuan FA Perlis terhadap keputusan itu, kerana dokumen diserahkan gagal menyakinkan pihaknya.
Terdahulu, skuad Singa Utara digugurkan selepas berdepan masalah tunggakan gaji pemain, selain tidak memiliki kewangan kukuh untuk terus bersaing musim ini.
Syukur Alhamdulilah Dapat Dana...
Kerajaan bersetuju beri dana 3 juta ringgit kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan untuk berikan kemudahan kepada atlet dan bekas atlet.
Menurut Kementerian Belia dan Sukan, kemudahan yang disediakan termasuk rawatan pesakit luar dan dalam di semua premis kesihatan kerajaan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm