Berita Terkini
← Back to list
Harimau Malaya bakal teruskan latihan pusat di MSN
Jan 19, 2021
Harimau Malaya bakal teruskan latihan pusat di MSN
Foto - Bernama
Skuad Harimau Malaya dapat 'lampu hijau' untuk menjalani kem latihan pusat di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil dalam masa terdekat.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, perkara itu dipersetujui hasil perbincangan dengan MSN dan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Lagipun katanya, MSN Bukit Jalil mempunyai fasiliti dan kemudahan serta mudah untuk jalankan operasi berasaskan model latihan secara kuarantin.
-----
Nicol David tak kejar pengiktirafan dunia
Foto - MalaysiaKini
Datuk Nicol David tidak sasar sebarang kemenangan selepas dicalonkan dalam Anugerah Atlet Sukan Terbaik Dunia Sepanjang Zaman anjuran Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa.
Sebaliknya, legenda skuasy negara itu merasakan, pencalonan itu juga merupakan penghormatan besar untuk dia membawa nama negara dan sukan skuasy khasnya.
Nicol kini mengumpul hampir 200 ribu undian berbanding pencabar terdekatnya, atlet sumo Rusia, Batyr Altyev yang mengumpul tidak sampai 90 ribu undi.
-----
Zamri, Harrif harap TSG lepas ke Turki
Foto - Sports247
Pelumba basikal adik-beradik, Zamri dan Harrif Saleh harap pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) dapat kelulusan untuk sertai kejohanan di Turki, bulan depan.
Harrif beritahu Harian Metro, kejohanan itu penting untuk TSG memburu mata dalam ranking Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) selepas saingan Le Tour de Langkawi dibatalkan.
Abangnya, Zamri yang berharap dapat menyertai siri perlumbaan di Antalya, Turki selepas hampir setahun suram dalam perlumbaan antarabangsa.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm