Berita Terkini
← Back to list
Harimau Malaya cemaskan UAE!
Sep 11, 2019
Harimau Malaya pamer persembahan terpuji sebelum tumpas 1-2 kepada UAE pada aksi ke-2 kumpulan G, kelayakan Piala Dunia 2022 semalam.
Malaysia terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi Syafiq Ahmad ketika perlawanan baru berusia 40 saat.
Namun UAE bangkit apabila penyerangnya, Ali Ahmed Mabkhout meledak 2 gol pada minit ke-43 dan ke-74 untuk bantu pasukannya raih 3 mata.
Bagaimanapun, Tan Cheng Hoe tetap puji persembahan anak buahnya biarpun tewas.
Jelasnya, para pemain telah tunjukkan perkembangan sangat baik dalam memahami cara permainan berintensiti tinggi dan ia bukannya sesuatu yang mudah.
Namun tambahnya, para pemain perlu bekerja lebih keras dan perbaiki kemahiran individu jika ingin beraksi di peringkat yang lebih tinggi.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm