Berita Terkini
← Back to list
Harimau Malaya kembali beraksi 3 Jun
Mar 11, 2021
Harimau Malaya kembali beraksi 3 Jun
Foto - Football Association of Malaysia
Malaysia dijadual bertemu Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 Jun depan untuk baki kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Skuad Harimau Malaya kemudian akan menentang pendahulu Kumpulan G, Vietnam pada 11 Jun sebelum hadapi Thailand, empat hari kemudian.
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bagaimanapun belum lagi memutuskan venue untuk kesemua perlawanan terbabit.
-----
ACL 2021: JDT beraksi di Thailand
Foto - Asian Champions Laague
Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) umumkan venue untuk saingan Liga Juara-Juara Asia yang ditunda ke bulan Jun depan dan dijalankan secara berpusat.
Thailand dipilih menjadi hos untuk tiga kumpulan bahagian Timur termasuk Kumpulan G yang menampilkan wakil negara, Johor Darul Ta'zin (JDT).
Skuad Harimau Selatan diundi bersama kelab China, Jiangsu, wakil Jepun, Nagoya Grampus dan satu lagi kelab dari perlawanan play-off.
-----
Stadium Sultan Ibrahim terbaik 2020
Foto - TV Harimau Selatan
Stadium Sultan Ibrahim milik Johor Darul Ta'zin (JDT) dinobat Stadium Terbaik 2020 oleh laman web Poland, StadiumDB.com untuk kategori undian awam.
Ia menewaskan Stadium Allegiant milik pasukan NFL, Las Vegas Raiders di tempat kedua manakala Stadium Ahmad bin Ali di Qatar, ketiga.
Stadium dengan kapasiti 40,000 penonton itu dibina dengan kos RM200 juta dan dibuka secara rasmi, Februari tahun lalu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm