Berita Terkini
← Back to list
Harimau Malaya pertaruh separuh muka baru untuk Piala AirMarine
Mar 05, 2019
Foto - Stadium Astro
Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe kekalkan 13 daripada 23 pemain skuad Piala AFF 2018 untuk kejohanan empat penjuru Piala AirMarine bermula 20 Mac ini.
Antara yang digugurkan termasuklah tiga pemain muda JDT, Syamer Kutty Abba, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid.
Foto - Stadium Astro
Ketiga-tiganya dilepaskan kepada skuad Datuk Ong Kim Swee bagi memperkasa skuad bawah 22 negara pada Kelayakan Kejuaraan bawah 23 AFC 2020.
Antara yang dibawa masuk ialah tiga pemain Selangor, Abdul Latiff Suhaimi, Faiz Nasir dan Abdul Halim Saari dan Hadin Azman dari Felda United.
Foto - Stadium Astro
Datuk Ong Kim Swee dalam pada itu senaraikan 27 pemain untuk kem latihan pusat skuad bawah 22 negara untuk kempen Kelayakan Kejuaraan bawah 23 AFC 2020.
Daripada jumlah itu, Kim Swee mengekalkan 21 pemain yang beraksi pada Kejuaraan Bawah 22 AFF di Phnom Penh, bulan lepas.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm