Berita Terkini
← Back to list
Harimau Malaya uji Bahrain
Jul 15, 2020
Harimau Malaya uji Bahrain
Foto - Vocket FC
FAM sahkan, skuad Harimau Malaya bakal berdepan pasukan di ranking ke-99 dunia, Bahrain dalam aksi pemanas badan di tempat lawan pada 2 Oktober ini.
Ia sebagai persediaan skuad kebangsaan sebelum berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi keenam kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di tempat lawan pada 8 Oktober nanti.
Namun, badan induk itu perlu dapatkan kebenaran daripada kerajaan untuk terbang ke Bahrain memandangkan kerajaan masih menguatkuasakan sekatan perjalanan ke luar negara bagi membendung penularan pandemik COVID-19.
-----
Dickson Nwakaeme puja Azam Azih
Foto - Football Association of Malaysia
Penyerang import Pahang, Dickson Nwakaeme menyifatkan Nor Azam Azih antara pemain tengah tempatan terbaik dalam Liga Malaysia (Liga M) ketika ini.
Pemain import berusia 34 tahun dari Nigeria itu turut menjelaskan, Nor Azam memiliki teknik hantaran berkelas dunia seperti Zinedine Zidane, Steven Gerrard dan Xabi Alonso.
Malah menerusi perkongsian video di Instagram, Nwakaeme dedahkan, dia pernah memaklumkan kepada pengurus pasukan Pahang supaya mengekalkan Azam bermain dengan skuad Tok Gajah selamanya.
-----
SuperKIP teruja kembali ke litar
Foto - iMotorbike
Pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi akui sangat teruja untuk kembali berlumba pada GP Sepanyol di Jerez hujung minggu ini.
Selepas lebih tiga bulan ditangguhkan akibat pandemik Covid-19, dia menjangkakan ramai pelumba akan alami kesukaran untuk sesuaikan diri.
Namun pelumba Petronas Sprinta Racing itu optimis mampu perbaiki keputusan pusingan pertama di Qatar, Mac lalu.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm