Berita Terkini
← Back to list
Harrif Saleh mahu kembali ke velodrom
Aug 23, 2021
Harrif Saleh mahu kembali ke velodrom
Foto - CCN Sport
Jaguh berbasikal pecut lebuh raya negara, Harrif Saleh sedia untuk kembali beraksi di velodrom bagi mengintai peluang bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024.
Malah, pelumba sensasi Terengganu Cycling Team itu sedia keluarkan perbelanjaan sendiri jika mendapat lampu hijau daripada MSN dan Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia.
Untuk rekod, Harrif pernah berlatih bersama Datuk Azizulhasni Awang di bawah kendalian John Beasley di Australia sebelum beralih ke acara lebuh raya pada tahun 2010.
-----
Stuart Ramalingam CEO baru MFL
Foto - Berita Harian
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam secara rasmi diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang baru.
Beliau menggantikan Datuk Ab Ghani Hassan yang telah dilantikan sebagai Presiden baru badan pengelola liga bola sepak profesional negara itu, minggu lalu.
Pelantikan Stuart dibuat berdasarkan pengalaman lebih 15 tahun yang dimiliki beliau dalam bidang pengurusan dan pentadbiran bersama organisasi tempatan dan antarabangsa.
-----
JDT pinjamkan Liridon Krasniqi ke India
Foto - JohorSouthernTigers
Juara Liga Super 7 kali berturut-turut, JDT sah akan meminjamkan Liridon Kranisqi kepada kelab Liga Super India, Odisha FC untuk musim 2021/2022.
Malah, sepanjang tempoh pinjaman itu, Odisha FC turut diberikan pilihan untuk membeli pemain naturalisasi negara kelahiran Kosovo itu.
Sejak menyertai JDT musim lalu, Liridon sekadar membuat beberapa penampilan bersama skuad Harimau Selatan selain dipinjamkan kepada kelab Australia, Newcastle Jets.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm