Berita Terkini
← Back to list
Hormati dan beri ruang kepada Datuk Lee Chong Wei dan keluarganya.
Sep 23, 2018
Menteri Belia dan Sukan minta semua pihak hormati dan beri ruang kepada Datuk Lee Chong Wei dan anggota keluarganya.
Menurut Syed Saddiq Syed Abdul Rahman perkembangan kesihatan jaguh badminton negara itu telah dimaklumkan kepada PM dan isteri.
Tambah beliau, pihak kementerian sentiasa sedia berikan sokongan sepenuhnya kepada Chong Wei yang jadi ikon dan wira rakyat Malaysia.
Terdahulu, BAM sahkan pemenang 3 pingat perak Sukan Olimpik itu menghidap barah hidung peringkat awal dan sedang terima rawatan di Taiwan.
Terengganu cuti 30 September ini.
Terengganu diberikan cuti peristiwa pada 30 September ini susulan kejayaan muncul juara keseluruhan SUKMA 2018 di Perak.
Foto: Kosmo
Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kerajaan negeri kepada semua pegawai dan atlet SUKMA serta rakyat Terengganu yang turut sama menyokong kejayaan kontinjen itu.
Terengganu tamatkan kempen dengan meraih 56 emas, 51 perak dan 53 gangsa.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm