Berita Terkini
← Back to list
Ibu segala pingat Sukma 2018 jadi milik Perak.
Sep 20, 2018
Tuan rumah, Perak raih ibu segala pingat - iaitu emas acara bolasepak pada Sukma 2018 selepas jinakkan Kedah 2-1 pada aksi final malam tadi.
Foto: Berita Harian
Biarpun ketinggalan pada satu ketika, mereka berjaya bangkit untuk lakar kejuaraan hatrik.
Sabah pula raih gangsa selepas tewaskan Terengganu juga 2-1.
Sementara itu, satu rekod baru kebangsaan dilakar dalam sukan angkat berat kategori snatch bawah 75 kilogram wanita.
3 rekod baru kejohanan pula dicatat dalam acara lompat kijang dan renang.
Wilayah Persekutuan masih kekal di tangga teratas kutipan pingat dengan 37 emas.
Nafiizwan Adnan mara ke suku akhir perseorangan lelaki kejohanan skuasy antarabangsa di Hong Kong.
Dalam kategori wanita, Rachel Arnold turut layak ke suku akhir.
Dua beregu lelaki negara mara ke pusingan kedua Badminton terbuka China.
Goh V Shem-Tan Wee Kiong dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mara ke pusingan kedua Badminton Terbuka China.
Turut layak, beregu campuran Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm