Berita Terkini
← Back to list
Insentif buat skuad The Bos Gaurus jika ke final Piala Malaysia
Oct 03, 2018
Insentif buat skuad The Bos Gaurus jika ke final Piala Malaysia
Kerajaan negeri Perak akan beri insentif kepada skuad The Bos Gaurus jika layak ke final Piala Malaysia yang dijadual berlangsung pada 27 Oktober ini.
Menteri Besarnya berkata, insentif itu nanti adalah sebagai suntikan semangat kepada pasukan itu untuk beraksi dengan lebih cemerlang.
Perak akan bertemu Sabah pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Perak, Ipoh, Ahad ini.
-----
Manja Man tagih tunggakan gaji dari Perlis
Jurulatih Perlis, Manja Man berkata, pegawai serta pemain masih belum terima bayaran tunggakan gaji biarpun diarah FAM berbuat demikian sejak sebulan lalu.
Katanya, pemain tidak ada sumber pendapatan lain hingga ada antara mereka gagal menjelaskan bayaran ansuran kenderaan sehingga ditarik pihak bank.
Menurut FAM, selain Terengganu City FC, FA Perlis berdepan tuntutan tunggakan gaji paling tinggi berjumlah lebih 460 ribu ringgit.
-----
Sumareh mampu jadijkan Harimau Malaya lebih garang
Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe percaya Mohamadou Sumareh mampu jadikan skuad kebangsaan lebih garang pada Piala AFF, bulan depan.
Cheng Hoe yakin, pemain naturalisasi pertama negara itu dapat beri impak dan dimensi yang baru kepada jentera serangan Harimau Malaya.
Sumareh dipanggil sertai kem latihan pusat skuad kebangsaan untuk harungi 2 aksi persahabatan menentang Sri Lanka dan Republik Kyrgyz, minggu depan.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm