Berita Terkini
← Back to list
JDT Bawa Masuk 2 Lagi Pemain Sepanyol
Feb 05, 2025
JDT Bawa Masuk 2 Lagi Pemain Sepanyol
JDT terus memperkukuhkan pasukannya dengan membawa masuk penyerang kelahiran Sepanyol, Jonathan Viera.
Selain Viera, seorang lagi pemain dari Sepanyol sertai skuad Harimau Selatan iaitu Roque Mesa yang akan memperkuatkan posisi tengah.
Terdahulu, JDT umum kehadiran pemain pertahanan Alvaro Gonzalez yang juga rakan karib Cristiano Ronaldo di kelab Arab Saudi, Al Nassr.
Arteta kecewa gagal dapatkan pemain baru
Pengendali Arsenal, Mikel Arteta kecewa pasukannya gagal tandatangani sebarang pemain ketika jendela perpindahan, bulan lalu.
Ini kerana The Gunners berdepan isu kecederaan jangka panjang babitkan pemainnya, Gabriel Jesus dan Bukayo Saka.
Arteta bagaimanapun akui sanggup tunggu untuk dapatkan pemain yang betul-betul sesuai berbanding pemain yang ditandatangani secara terburu-buru.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm