Berita Terkini
← Back to list
JDT, Kedah ke suku akhir Piala Malaysia
Sep 14, 2019
JDT, Kedah ke suku akhir Piala Malaysia
Foto - JohorSouthernTigers
JDT mengesahkan tempat di peringkat suku akhir Piala Malaysia selepas kalahkan PJ City FC 3-2 dalam aksi Kumpulan B, malam tadi.
Dalam saingan Kumpulan A, juara lima kali, Kedah turut mara selepas menjinakkan Terengganu FC juga dengan keputusan 3-2.
Negeri Sembilan turut hidupkan peluang ke suku akhir apabila menundukkan PKNS FC 3-1, begitu juga PKNP FC yang membenam UiTM FC 4-0.
-----
Rajagobal terkejut aksi buruk PKNS FC
Foto - Melaka United Football Association
Jurulatih PKNS FC, Datuk K Rajagobal terkejut dengan pasukannya yang tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan dalam aksi Kumpulan A Piala Malaysia, malam tadi.
Katanya, keadaan berjerebu yang melanda Selangor ketika ini bukan alasan bagi pasukannya untuk menunjukkan aksi kurang baik.
Tambah Rajagobal, pasukannya memang tidak layak untuk menang kerana gagal menyempurnakan banyak peluang yang terhidang dalam 20 minit pertama perlawanan.
-----
KOM kekal sasaran 5 emas di Sukan SEA Filipina
Foto - New Straits Times
Kesatuan Olahraga Malaysia kekal optimis dengan sasaran 5 pingat emas buat kontinjen olahraga negara pada Sukan SEA Filipina, November depan.
Menurut KOM, sasaran itu dianggap realistik berdasarkan penilaian menerusi persiapan dan pencapaian atlet dalam beberapa kejohanan lain sebelum ini.
Mereka yang disandarkan meraih emas adalah jaguh baling tukul besi, Jackie Wong, Lee Hup Wei dan Nauraj Singh Randhawa dalam acara lompat tinggi, Muhammad Hakimi Ismail menerusi lompat kijang serta Rayzam Shah Wan Sofian dalam acara lari berpagar.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm