Berita Terkini
← Back to list
JDT kalah aksi pembukaan Liga Juara-Juara Asia.
Feb 13, 2020
Foto : Facebook Johor Southern Tigers
Kelab Jepun, Vissel Kobe belasah JDT 5-1 pada aksi pembukaan kumpulan G, Liga Juara-Juara Asia.
Gol tunggal skuad Harimau Selatan itu dijaringkan oleh Safawi Rasid menerusi sepakan penalti pada babak pertama.
JDT akan berdepan kelab Korea Selatan, Suwon Bluewings untuk aksi seterusnya awal bulan depan.
Foto : Facebook Johor Southern Tigers
Dalam perkembangan lain, JDT belum boleh gunakan Stadium Sultan Ibrahim dalam kempen Liga Juara-Juara Asia.
Ini kerana stadium baru itu masih belum mendapat kelulusan daripada AFC.
Setiausaha Agung AFC berkata skuad Harimau Selatan itu perlu memenuhi spesifikasi pertandingan untuk memastikan stadium itu dapat digunakan bagi perlawanan di laman sendiri.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm