Berita Terkini
← Back to list
Jangan Pandang Rendah Kemampuan Nepal
Mar 20, 2025
Jangan Pandang Rendah Kemampuan Nepal
Jangan pandang rendah kemampuan Nepal.
Itu saranan Stuart Wilkin kepada rakan sepasukan menjelang aksi pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia, Selasa depan.
Pemain tengah skuad Harimau Malaya itu berkata aksi menentang pasukan di ranking ke-175 dunia itu tetap sukar dan memerlukan persiapan rapi.
Tambahnya, kemenangan 5-1 ke atas Nepal pada aksi persahabatan tahun lalu juga tidak boleh dijadikan ukuran kerana mereka pasti tampil dengan taktikal berbeza pada perlawanan kali ini.
Sementara itu, 2 lagi pemain warisan sertai skuad Harimau Malaya bagi memperkuatkan lagi pasukan menjelang kejohanan itu.
Pemain kelahiran Belanda, Hector Hevel dan pemain daripada La Palma, Sepanyol, Gabriel Palmero sudah mula jalani latihan pusat bersama skuad kebangsaan, semalam.
Terbuka Switzerland : 4 wakil Malaysia ke pusingan kedua
4 wakil Malaysia meneruskan cabaran ke pusingan kedua badminton Terbuka Switzerland, hari ini.
Beregu campuran negara, Goh Soon Huat- Shevon Lai akan berdepan wakil Thailand manakala Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien akan berdepan pasangan Perancis.
Perseorangan lelaki, Leong Jun Hao pula akan berdepan wakil Jepun manakala perseorangan wanita, Goh Jin Wei lawan wakil Thailand.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm