Berita Terkini
← Back to list
Jangan Salahkan Menteri Belia Dan Sukan
May 30, 2023
Jangan Salahkan Menteri Belia Dan Sukan.
Berhenti salahkan Menteri Belia dan Sukan atas kegagalan Malaysia capai sasaran pada Sukan SEA di Kemboja baru-baru ini.
Ketua Kontinjen Malaysia ke Olimpik Paris, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata Hannah Yeoh sudah bekerja keras dalam menerajui persiapan kontinjen negara ke temasya itu.
Tambah beliau sebaliknya tumpuan perlu diberikan kepada MSN bagi meningkatkan lagi prestasi atlet negara.
Pada Sukan SEA Kemboja barru-baru ini, Malaysia mengumpul 34 pingat emas berbanding 40 yang disasarkan oleh Kementerian Belia Dan Sukan.
Sementara itu, sasaran 33 pingat emas diletakkan untuk kontinjen negara pada Sukan Para Asean di Kemboja yang akan bermula hujung minggu ini.
Majlis Paralimpik Malaysia berkata sasaran itu berdasarkan kepada perbincangan bersama persatuan kebangsaan dan kemampuan atlet bersaing dengan negara lain.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm