Berita Terkini
← Back to list
Jangan berurusan dengan AAM - Pesuruhjaya Sukan Malaysia
Mar 26, 2019
Foto - Stadium Astro
Pesuruhjaya Sukan Malaysia menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak berurusan dengan Persatuan Automobil Malaysia (AAM).
Ini kerana, pendaftaran badan sukan permotoran itu telah dibatalkan pada 30 November tahun lalu berikutan kegagalan persatuan berkenaan mematuhi Akta Pembangunan Sukan 1997.
Foto - Stadium Astro
Menurut PJS, pihakya sudah memaklumkan kepada Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) mengenai pembatalan AAM.
Sehubungan itu, peranan badan pengelola sukan bermotor di Malaysia akan diuruskan oleh satu badan sukan baharu yang akan dimaklumkan kemudian.
Foto - GP Malaysia
Serentak itu, AAM sebagai badan sukan yang dibatalkan tidak boleh menganjurkan, menjalankan, membenarkan atau menyertai apa-apa aktiviti permotoran di dalam atau di luar negara.
Jelas pesuruhjaya itu lagi, AAM sudah membuat rayuan kepada Menteri Belia dan Sukan selaras dengan seksyen 21 akta namun rayuan berkenaan ditolak.
Dapatkan berita terkini sukan tempatan dan antarabangsa!
Ketahui keputusan perlawanan terkini dan berita suka kegemaran anda seperti bola sepak, badminton, tenis, golf dan banyak lagi!
Pastikan anda mendengar Berita Sukan pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Jumaat
Pagi: 7am, 8am, 9am, 10am, Petang: 5pm, 6pm
Sabtu - Ahad
8am, 10am, 12 pm